Suhaib Ar-Rumi

Suhaib Ar-Rumi atau nama beliau ialah Suhaib ibn Sinan. Beliau adalah anak kepada Gabenor wilayah kota Ubullah yang terletak di tebing Sungai Furat yang mana wilayah itu berada di bawah kekuasaan kerajaan Rom Byzantine. Digelar Suhaib Ar-Rumi kerana ciri-ciri fizikalnya seperti dialek pertuturannya, berkulit cerah dan berambut perang yang lebih menyerupai orang Rom.Berpengetahuan dalam budaya dan tamadun Rom dan Greek.